Thursday, September 29, 2011

mANa ADiL!!!



WAN Jamak Wan Hassan menganggap pengadil perlawanan sebagai punca kegagalan Kedah layak ke suku akhir Piala Malaysia musim ini apabila skuad Kenari itu sekadar seri 1-1 dengan Perak, malam kelmarin.

“Kami sepatutnya dapat dua gol bersih tetapi dirompak pengadil apabila membatalkan dua gol kami pada babak pertama. Pengadil membuat keputusan yang tidak masuk akal,” kata jurulatih Kedah itu.

Jaringan Badrol Bakhtiar seawal minit ke-11 dan Mohd Faizal Abu Bakar pada minit ke-38 dibatalkan pengadil perlawanan dengan alasan pemain Kedah berada dalam keadaan offsaid selain Faizal mengganggu penjaga gol Perak, Kamarul Affandi.

“Saya mahu FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dan pengerusi pengadil melihat semula ulang tayang perlawanan itu bagi memastikan tindakan yang dibuat pengadil itu betul ataupun tidak,” kata Wan Jamak.

Kedah menguasai hampir keseluruhan perlawanan dengan melakukan banyak serangan berbahaya namun gagal menghasilkan gol disebabkan kekentalan pertahanan Perak.

Keputusan kontroversi pengadil itu juga menyebabkan lebih 20,000 penyokong setia tidak puas hati sehingga ada segelintir bertindak agresif membaling objek ke arah pengadil ketika tamat separuh masa pertama.

Mereka juga berkumpul di perkarangan stadium selepas perlawanan sambil bersorak dan menyanyikan lagu pasukan. Keputusan itu menyebabkan Kedah hanya mampu menduduki tangga ketiga Kumpulan A, di belakang Perak dan Sabah sekali gus gagal ke peringkat seterusnya..

Wednesday, September 28, 2011

AngRY bIrD VErsI ReAL!!

Laaa... burung marah ini betul betul wujud rupanya.. aku ingatkan hanya imaginasi semata-mata. Hehehe.. Tapi yang aku confirm, musih ketat si burung marah ini betul-betul wujud di dunia nya.. 100 peratus konfirm wujud.. Hahaha










Monday, September 26, 2011

kERacUnaN!!!



Seramai 71 pelajar di asrama sebuah Sekolah Menengah Vokasional Alor Setar mengalami cirit birit dan muntah-muntah selepas makan di kantin asrama sekolah itu, malam Jumaat.

Mereka yang terdiri daripada 40 pelajar lelaki dan 31 pelajar perempuan berumur antara 15 dan 17 tahun dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas dikesan mengalami simptom keracunan makanan malam tadi.

Ketua Jabatan Unit Kecemasan HSB Dr Fatahul Laham Mohamed berkata pihaknya menerima panggilan tentang kejadian itu kira-kira pukul 8.30 malam tadi dan kira-kira pukul 9.15 malam, dua bas sekolah itu tiba di HSB dengan membawa pelajar-pelajar berkenaan.

“Semasa sampai di hospital, keadaan mereka letih dan lemah akibat mengalami cirit birit dan muntah-muntah tapi stabil,” katanya ketika ditemui pemberita di di sini, Ahad.

Beliau berkata hanya enam pelajar yang dimasukkan air kerana badan terlalu lemah.

“Semua pelajar itu hanya mendapat rawatan sebagai pesakit luar dan dibenar pulang kira-kira pukul 11.30 malam tadi selepas keadaan mereka semakin pulih,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Kedah Dr Hayati Mohd Radzi berkata pihaknya telah mengambil sampel makanan di kantin dewan makan asrama berkenaan dan mengarahkan dewan makan itu menutup operasi buat sementara waktu.

“Keracunan itu dipercayai berpunca daripada makanan yang mereka (pelajar)makan pada malam Jumaat lepas iaitu sambal sotong,” katanya.

Beliau berkata pada awal tahun ini Jabatan Kesihatan telah memeriksa kantin itu dan ia didapati 80 peratus bersih iaitu kebersihan kantin itu berada pada tahap memuaskan..

Thursday, September 22, 2011

iMbaU kEmbAli



tu dia baq hang...sapa leh teka mana satu aku yang comei ny..hahaha.. x payah nak pertikai la aku comei..haha.. muka pown cam anak cina mana ntah.. gamba ny adalah pada masa aku standart 6.. xmatang habih lagi time ny... alhamdulillah la, walaupun dah lama knangan ny, tp msih lagi contact ngan depa, walaupun smua.. depa smua pandai2 dah la ny.. aku sorang ja..huuuhuhuuu..:(

bila la nak bleh buat reunion balik, bleh jumpa ngan smua..bleh p jumpa cikgu ny skali.. cikgu Aziah.. pastu sruh dya blanja kita..haha..baek ahh.. klau yang mana masih knai aku ny, jngan dok buat x knai la time jumpa.. sdih aku, yang mana dah benci aku tu, aku x leh nak buat apa dah la..bukan hak aku nak halang hampa smua untuk mluat aku.. aku tau ada org yang mluat kat aku la ny, sory ar beb.. truskan, sapa trasa ambik la... END

Sunday, September 11, 2011

ReLeaSE

haaa... da lama aku x mnaip kat blog aku..aku x taip pown bukan saja2.. x dak mood nak mnaip.. td aku p jalan2 kat Desaru, tu yang mood mnaip mai balik ny.. syoq sngat dok sana wlaupun dah lewat, dah nak malam time kami sampai.. dan la ambik pic barang 2 3 keping, pastu gelap.. camera enset ja pown, klau dslr aku x ksah la.. ny ada la pic ckit..


ni pic yusra ngan jiji tengah makan roti ice-cream.. nyum2..

ny plak pic yus ngan aku..hahaha sory gamba x clear

ny la pic yang paling suka aku tengok.. tenang ja, ilang abih smua tension aku, x jemu tengok lama2..




seronok sangat skali skala dapat jlan2 cam ny..
( lagi best klau bleh bawak dya skali, tp dya dok jauh)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...