Thursday, December 8, 2011

rEsuLt!!!

yay!! result da klua... rasa takot pown ada time nak bukk tengok result kat laman web poli..
aku tabahkan hati jugak sebb excited sngat..

ALHAMDULILLAH... syukur gila bila tngok.. aku lulus smua..aminn...
pointer pown da nek ckit dari sem lepas.. pointer aku atas dari 3..hehehe...

thanks to who's has support me aspecially my parent yang telah mendoakan kejayaan anakmu ini..aminn.. x lupa juga kepada kawan2 yang telah mmbantu saya study last minit sampai x tido nak jawab exam.. thanks alot..

ASSALAMUALAIKUM..BYE

Sunday, November 13, 2011

teNsIOn!!!


haaa...mai2 pilih nak yang mana.. nak study ka nak tidoq.. klau ikotkan aku, aku nak tidoq ja, mlas da nak study(study pown belom)..exam da nak start, paper 1st 15 ariblan ny.. sakit wow.. dah la ada 6 paper smua skali..mau pecah pala dibuatnya..

klau la bleh buat macam kat atas tu dalam 1 masa skali gus kan senang.. transfer ja smua yang ada lum buku tu masuk lum otk kita.. haha, kan senang.. nak buat apa bg lepaih geram pown x tau nak buat pa..

haa.. skype sat..boleh kot ilang tension ny.. jom2 p skype.. sapa nak join?? meh2 add aku.. (tescoop@gmail.com)

Sunday, October 30, 2011

LiRIK lAgu CArtA haTi & saHAbAT!!!





CARTA HATI!!!

hmm.. hoo.. haaa.. mmm..

Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku

Aku mulai resah
Hatiku jadi kebah
Melihat dirimu aku rebah

Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati
Lalu cinta kita bermula
Dari mata turun ke jiwa
Dari teman menjadi cinta
Dan berjanji untuk setia

Sehidup semati kita
Menjanjikan bahagia
Untuk kita berdua selamanya

hmm.. hoo.. lalala.. mmm..

Jangan engkau jangan pergi
Jangan tinggalku sendiri
Jangan tinggalkan carta hati

Kau janji kan bahagia
Ku janji kau tak terluka
Teruslah berada di carta hati kita

lalalalala.. hooo…
lalalalala.. mmm…


SAHABAT!!!

Kau ada dikala ku suka,
Dikala ku duka,
setiap tangisan dan juga ketawa,
Kau ada dikala ku perlu,
setia menemaniku,
Pegang erat tanganku bila aku jatuh.
Kau lah yang selalu,
Selalu menemaniku,
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ,
Setia menunggu ku,
Kau lah yang satu,
Menjadi sahabatku.

Ku tahu ku kan selalu ada,
Pada dirimu,
Dan ku harap kau juga rasa begitu.

Kau lah yang selalu,
Selalu menemaniku,
Mendengar kisah pahit manis,
Hidup ku.
Kau lah yang di situ,
Setia menunggu ku,
Kau lah yang satu,
Menjadi sahabatku.

Kau lah yang selalu,
Selalu menemaniku,
Mendengar kisah pahit manis,
Hidup ku.

Kau lah yang di situ,
Setia menunggu ku,
Kau lah yang satu,
Menjadi sahabatku.

Sahabatku...


Wednesday, October 12, 2011

TidUr!!!



5 LARANGAN DALAM TIDUR :

1. JANGAN TIDUR MEMAKAI JAM TANGAN
Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya.

2. JANGAN TIDUR MEMAKAI COLI (buat perempuan)
Para pengkaji di Amerika mengatakan bahawa memakai coli lebih 12 jam, boleh mengakibatkan kanser payudara.

3. JANGAN TIDUR MEMBAWA HANDPHONE
Gelombang Medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini, boleh merosakkan sistem saraf kita

4. JANGAN TIDUR KETIKA MASIH MEMAKAI MAKE-UP
Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit tidak dapat bernafas

5. JANGAN TIDUR DENGAN ISTERI ORANG (buat lelaki)
Ini kerana anda mungkin akan tidur selamanya , kehkeh.

Thursday, October 6, 2011

cAra MNdi WajiB yG BetUL DaN SAh!!!



Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut,tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya,mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

Pertama : Niat.

Kedua : Menghilangkan najis pada badan.

Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


Rasulullah S.A.W Bersabda : " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain." [Hadith Riwayat Muslim].

Thursday, September 29, 2011

mANa ADiL!!!



WAN Jamak Wan Hassan menganggap pengadil perlawanan sebagai punca kegagalan Kedah layak ke suku akhir Piala Malaysia musim ini apabila skuad Kenari itu sekadar seri 1-1 dengan Perak, malam kelmarin.

“Kami sepatutnya dapat dua gol bersih tetapi dirompak pengadil apabila membatalkan dua gol kami pada babak pertama. Pengadil membuat keputusan yang tidak masuk akal,” kata jurulatih Kedah itu.

Jaringan Badrol Bakhtiar seawal minit ke-11 dan Mohd Faizal Abu Bakar pada minit ke-38 dibatalkan pengadil perlawanan dengan alasan pemain Kedah berada dalam keadaan offsaid selain Faizal mengganggu penjaga gol Perak, Kamarul Affandi.

“Saya mahu FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dan pengerusi pengadil melihat semula ulang tayang perlawanan itu bagi memastikan tindakan yang dibuat pengadil itu betul ataupun tidak,” kata Wan Jamak.

Kedah menguasai hampir keseluruhan perlawanan dengan melakukan banyak serangan berbahaya namun gagal menghasilkan gol disebabkan kekentalan pertahanan Perak.

Keputusan kontroversi pengadil itu juga menyebabkan lebih 20,000 penyokong setia tidak puas hati sehingga ada segelintir bertindak agresif membaling objek ke arah pengadil ketika tamat separuh masa pertama.

Mereka juga berkumpul di perkarangan stadium selepas perlawanan sambil bersorak dan menyanyikan lagu pasukan. Keputusan itu menyebabkan Kedah hanya mampu menduduki tangga ketiga Kumpulan A, di belakang Perak dan Sabah sekali gus gagal ke peringkat seterusnya..

Wednesday, September 28, 2011

AngRY bIrD VErsI ReAL!!

Laaa... burung marah ini betul betul wujud rupanya.. aku ingatkan hanya imaginasi semata-mata. Hehehe.. Tapi yang aku confirm, musih ketat si burung marah ini betul-betul wujud di dunia nya.. 100 peratus konfirm wujud.. Hahaha










Monday, September 26, 2011

kERacUnaN!!!



Seramai 71 pelajar di asrama sebuah Sekolah Menengah Vokasional Alor Setar mengalami cirit birit dan muntah-muntah selepas makan di kantin asrama sekolah itu, malam Jumaat.

Mereka yang terdiri daripada 40 pelajar lelaki dan 31 pelajar perempuan berumur antara 15 dan 17 tahun dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas dikesan mengalami simptom keracunan makanan malam tadi.

Ketua Jabatan Unit Kecemasan HSB Dr Fatahul Laham Mohamed berkata pihaknya menerima panggilan tentang kejadian itu kira-kira pukul 8.30 malam tadi dan kira-kira pukul 9.15 malam, dua bas sekolah itu tiba di HSB dengan membawa pelajar-pelajar berkenaan.

“Semasa sampai di hospital, keadaan mereka letih dan lemah akibat mengalami cirit birit dan muntah-muntah tapi stabil,” katanya ketika ditemui pemberita di di sini, Ahad.

Beliau berkata hanya enam pelajar yang dimasukkan air kerana badan terlalu lemah.

“Semua pelajar itu hanya mendapat rawatan sebagai pesakit luar dan dibenar pulang kira-kira pukul 11.30 malam tadi selepas keadaan mereka semakin pulih,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Kedah Dr Hayati Mohd Radzi berkata pihaknya telah mengambil sampel makanan di kantin dewan makan asrama berkenaan dan mengarahkan dewan makan itu menutup operasi buat sementara waktu.

“Keracunan itu dipercayai berpunca daripada makanan yang mereka (pelajar)makan pada malam Jumaat lepas iaitu sambal sotong,” katanya.

Beliau berkata pada awal tahun ini Jabatan Kesihatan telah memeriksa kantin itu dan ia didapati 80 peratus bersih iaitu kebersihan kantin itu berada pada tahap memuaskan..

Thursday, September 22, 2011

iMbaU kEmbAli



tu dia baq hang...sapa leh teka mana satu aku yang comei ny..hahaha.. x payah nak pertikai la aku comei..haha.. muka pown cam anak cina mana ntah.. gamba ny adalah pada masa aku standart 6.. xmatang habih lagi time ny... alhamdulillah la, walaupun dah lama knangan ny, tp msih lagi contact ngan depa, walaupun smua.. depa smua pandai2 dah la ny.. aku sorang ja..huuuhuhuuu..:(

bila la nak bleh buat reunion balik, bleh jumpa ngan smua..bleh p jumpa cikgu ny skali.. cikgu Aziah.. pastu sruh dya blanja kita..haha..baek ahh.. klau yang mana masih knai aku ny, jngan dok buat x knai la time jumpa.. sdih aku, yang mana dah benci aku tu, aku x leh nak buat apa dah la..bukan hak aku nak halang hampa smua untuk mluat aku.. aku tau ada org yang mluat kat aku la ny, sory ar beb.. truskan, sapa trasa ambik la... END

Sunday, September 11, 2011

ReLeaSE

haaa... da lama aku x mnaip kat blog aku..aku x taip pown bukan saja2.. x dak mood nak mnaip.. td aku p jalan2 kat Desaru, tu yang mood mnaip mai balik ny.. syoq sngat dok sana wlaupun dah lewat, dah nak malam time kami sampai.. dan la ambik pic barang 2 3 keping, pastu gelap.. camera enset ja pown, klau dslr aku x ksah la.. ny ada la pic ckit..


ni pic yusra ngan jiji tengah makan roti ice-cream.. nyum2..

ny plak pic yus ngan aku..hahaha sory gamba x clear

ny la pic yang paling suka aku tengok.. tenang ja, ilang abih smua tension aku, x jemu tengok lama2..




seronok sangat skali skala dapat jlan2 cam ny..
( lagi best klau bleh bawak dya skali, tp dya dok jauh)

Friday, August 26, 2011

baLik kAmpUNg!!

Pesanan kepada yang loya2, nak muntah ka, sakit hujung bulan ka, tngah tension ka, stress sbb balik kg lewat ka, mabok ka, yang x paham bahasa KEDAH ka, sewaktu dengannya ka.. tak payah la susah2 nak baca ek..takowt x paham ja..hehe

Tudia..raya taon ny mai dah.. skali lagi aku dapat balik kampung halaman.. yang paling penting dapat jumpak family n adik bradik aku n bla bla bla... dgaq lagu Stand By Me sat nak bagi ada mood nak mnulih kat cny pagi2 buta ny..

1st skali aku nak cerita sbelum aku balik kat changlun, [time aku kat johor lagi].. baca pesbook kawan tu, baca pesbook kawan ny.. ramai yang dok kata kat kg banjir,hujan x henti2.. aku dah sqabut pala dok memikior mcm mana nak sambut raya taon ny.. klau bah time raya x syiok ar nak ronda2.. klau time len x pa la nak banjir pown.. boleh mandi sungai buat kuak lentang ka, kuak kupu2 ka, apa2 kuak ja la.. kiqa pa aku, banjir x banjir..jnji boleh balik umah.. sampai umah kiqa len..[siap dah dua preggan..fuhh]

packing barang plak..
kalut punya kalut..benda tu lupa, benda ny lupa..apa pown x bleh.. mcm mana x kalot?? dah lepaih posa baru nak cari barang nak packing.. bukak posa 7 suku lebih, bas jalan kul 8 stngah mlm..mana nak dan.. mkn mcm2 lagi time bukk posa [mcm bnyak ja aku mkn an??haha].. mcm mana x kalut, pagi2 tu ada klas, balik kelas letih, so saya teqelap, mana saya dan nak packing barang lepas bngun tu.. dah kowt..titik

sampai kat terminal bas..
sampai2 ja tepat kul 8 stengah mlm..tudya..nampak dah bas MAJU ada 3 bijik.. tngok smua bas p utaqa.. kat cermin depan tu tulih Butterworth, Sungai Petani, Alor Setar, Kuala Perlis.. haaa, sengih x mau2.. smua bas tulih yang sama, x tau nak naik yang mana satu, bedai ja la.. p kat bas pertama, boh la beg kat tempat simpan barang tu.. pastu nek ar bas, tunggu bapak ag.. haha..
pastu ada la brader tu dok cek tiket orang, sampai kat aku ngan mmber aku.. dya cakap 'dik, dik silap bas ny, tukar bas sebelah ek' perh, malu lah siakkk.. dah la org ramai time tu.. pakat2 nak balik kampung.. cover malu, buat muka keqing, p ambik beg pastu trus blah p kat bas sbelah.. tragedi yang sama cam bas pertama..[silap bas lagi].. kdua kali malu..hadoyai.. bas yang ketiga x malu dah la, dah tu ja bas yang tinggal.. btoi la bas yang ktiga tu.. naik2, cari seat, TIDOQ sbb ltih [26 hari dah posa time tu, haha] terjaga balik kat perhentian Slim River.. dreba bas tu bagi time 15 mnit untuk turun g toilet and sahur..WTH?? mana dan pak cik..member saya lapaq magi?? lantak la, kami buat qeja kami, pakcik tunggu na.. mmerber aku mkn la magi, aku sahur ngan ayaq nescafe ja 1 cup.. x leh mkn awai2 pagi..takot sakit prot lum bas.. mmber aku nak mkn magi,baru dok tiup nak bagi ilang pnaih, pakcik tu dah dok keloi2 suruh cepat..sabaq sat pakcik..bulan posa kena banyak bersabaq..haha.. abih mmber aku melahap magi, trus nek bas.. kesian pakcik tu dok tunggu..maap ya..titik..

KEDAH!!
akhirnya sampai gak kat Shahab Perdana kul 7.45 a.m.. tipon kak aku sruh ambik.. nahhhh, dya x leh ambik plak dah..bala2.. kena naik bas lagu balik changlun.. bas pown bas la..tnya kat kaunter bas tu, bas changlun ada kul 9.15 a.m.. perh..giler ahhhhhhhhhh [tensen].. sejam stngah kowt nak tunggu bas.. dah la posa, sabaq2.. sampai ja changlun kul 10 a.m.. alangkah lega nya hati ini, tngok changlun x dak banjir pown...weekkk.. boleh ar raya lagu ny.. YAHOOO...

saye sudahi dengan serangkap pantun dari JOHOR
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Same-same bersuke rie

BOLEH TEQA NY?? CUKOP KOT NOH??

(⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
`⋎´..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫ ✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ •❤••❤•.¸✿
* _Π_____* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ
/______/~\SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN ˚ ✰* ★
| ç”°ç”° |é–€| ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚♥

peRokOK!!!

Ramai yang salah anggap merokok nie untuk keterampilan yang lebih macho.. nampak bnor mnipunyer.. Ngarut la.. Bagi aku takdak sebarang makna pon.. Sama jugak merosakkan paru2 sendiri dan jiran2 360 darjah angle kita..

Malas aku nak ceritakan tentang bahayannya rokok nie.. Semua orang dah tau.. [dah tau, tapi nak isap jugak.. pa daa!!].. Aku nak ceritakan tabiat seorang perokok… Tabiat?? Apa itu tabiat?? Perokok bertabiat namanya?? Hehe.. Jom try test baca yang ny...

Mengepau – Dikalangan perokok nie memang pemurah.. Rokok tu walau di beli sorang, tapi hak miliknya adalah beramai2.. “wei, rokok sebatang” ayat yang biasa digunakan oleh mereka yang tak malu.. “ayam berkokok di atas batang, ada rokok mintak sebatang” ayat bagi mereka yang mementingkan bahasa dalam keadaan tak malu..[siap berpantun ag sbb rokok.. BM A+ ny]

Tak berkira – Tak kisah duit tinggal banyak mana pon, dia tetap tak kisah membeli rokok.. Itu lagi penting baginya.. [walaupun kena kutip duit skupang2 a.k.a duit syiling 10 sen]

Lepas makan – Dah menjadi kebiasaan.. hampa pon mesti selalu nampak [bagi yang tak merokok].. Aku pon tak tau pasai pa.. hehehe

Time melabur – Hah.. Yang nie kotor skit isinya.. Bila buang air besar mesti nak ada rokok.. Kenapa?? Ntah!! [lagi].. Mungkin nak cover bau kot.. Haha.. Ada yang dah abis rokok dalam jamban baru nak kuar.. Haha..[housmate aku sllu.. bukan aku ya!!]

Melepak – Masa nie memang tak perasan rokok akan habis.. Sebab perokok tak akan sedar bila dia merokok.. Tau2 tinggal sebatang.. Ditambah lagi ngan kena pau.. Memang lebur la..

Tension dan bosan – Rokok la jadi peneman..

titik...

APa iTu CinTa?

Kenapa perlu ada cinta?

Sesungguhnya, mood aku untuk merepek malam nie langsung takder.. Kosong!! Jadi aku dengan rasa tidak bersalah, aku kirimkan entri ini.. Sebenarnya aku suka nak tau jawapan orang dengan soalan kat atas tu tadi..

Jadi disebabkan aku nie seorang yang prihatin lagi bergaya aku mulakan…

Apa itu cinta?? Cinta bagi aku hanyalah kerinduan, kasih, sayang yang dicurahkan pada tuhan, seseorang ataupun sesuatu objek.. Setiap satunya mempunyai cara yang berbeza untuk dilunaskan.. Cinta ialah perasaan di mana perlu diadaptasikan dari jiwa kepada cinta yang diberi..

Kenapa perlu ada cinta?? Normal bagi seorang manusia yang mempunyai akal fikiran dan perasaan untuk mempunyai cinta.. Terasa kehilangan seri hidup kalau tidak dibekalkan dengan cinta.. Cara untuk mengolah perasaan itu sendiri yang menjadi hak individu itu sendiri.. Samada baik ataupun buruk..

Kenapa aku berbahasa skema malam nie?? Ntahla.. Aku sendiri masih tidak pasti..

Sunday, August 21, 2011

AngRy bIRd!!!


Tudya angry bird..
nasib baik gambaq ny x dak mnatang hijau tu..
bengang aku ngan mnatang hijau tu..
setelah penat lelah aku mengira jarak,
menahan perasaan marah di bulan puasa ni,
menghabiskan masa study,
mendapatkan teloq2 emas,
mendapatkan mata yang bnyak,
unlockkan bird2 yang baru,
berulang kali restart,
akhirnya aku berjaya menghabiskan game angry bird ny dengan cemerlang..
hahahaha...
(habis x dak idea nak cita apa..:)
see u all next time..bubye..


Friday, August 19, 2011

aYat-AyaT CiNTa


1-Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta.

2-Orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata.

3-Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.

4-Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita.

5-Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan.

6-Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.

7-Cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta.

8-Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain

9-Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar.

10-Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu.

11-Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.

12-Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

keMajUAn!!

nampaknya blog aku sudah ada peningkatan
dah qeti nak tukaq background gena
walaupun x lawa..
dah tau mcm mana nak boh lagu
(ada lagu korea ngan A7X)
peningkatan demi peningkatan akan disusuli kemudian
harap bersabar..
lpaih ny nak boh gambaq plak
mlas nak boh lagi, x dak masa..
dah kowt..chow

Thursday, August 18, 2011

lAgu SeDey!!

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

ThE beGinInG



Assalamualaikum
kini bermulalah kehidupan aku sbg blogger..haha..
thanks kpada sesiapa yang terniat nak follow blog aku...
blog aku boring skit skrang ny.. aku x tau nak buat apa lagi..
masih level anak ayam la katakan dalam dunia blogging ny..
thanks to all yang support aku
[x dak pown yang support aku skrang ny..hehe]
apa-ape pown thanks alot to all...
wassalam..
(ash)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...